Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Pesawat pengganti Air India tiba di San Francisco

    NEW DELHI, 8 JUN – Sebuah pesawat pengganti bagi penerbangan Air India dilencongkan ke Rusia kerana masalah enjin telah mendarat di San Francisco, membawa semua penumpang dan anak kapal.

    Boeing 777 asal, yang meninggalkan New Delhi membawa 216 penumpang dan 16 anak kapal, mendarat di lapangan terbang Magadan di Siberia di timur jauh Rusia baru-baru ini.

    Pesawat itu telah “mengalami masalah teknikal pada salah satu enjinnya,” kata Air India.

    Pesawat pengganti tiba di San Francisco pada 12:07 hari ini waktu tempatan, menurut laman web Flight Aware.

    Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Vedant Patel berkata kurang daripada 50 rakyat Amerika berada di dalam pesawat itu dan jabatan itu tidak mengetahui mana-mana daripada mereka menghubungi Kedutaan AS di Rusia atau jawatan diplomatik lain.

    Penumpang, Girvaan Singh Kahma, 16, yang dalam perjalanan bersama bapa saudara dan abangnya, berkata mereka dilarang meninggalkan asrama di Magadan dan tidak dapat menggunakan kad kredit mereka kerana sekatan ke atas perang Rusia terhadap Ukraine. – AP

    Pesawat Air India berdiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, India, 29 April 2011. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...