Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Dunia Wanita dibuka istimewa

    AUCKLAND, NEW ZEALAND, 20 JULAI – Piala Dunia Wanita FIFA 2023 dibuka dengan sambutan yang istimewa dari masyarakat Maori New Zealand dan masyarakat First Nations Australia.

    Dalam satu momen di mana FIFA ingin menyampaikan mesej keamanan dan perpaduan yang menyaksikan kumpulan orang dari pelbagai budaya berkumpul secara harmoni di tengah-tengah Taman Eden.

    Bagi New Zealand, sukarelawan mengangkat wakil seni berupa seekor pari raksasa, yang dalam kepercayaan tradisional telah ditangkap oleh dewa separuh Maui dan diubah menjadi Pulau Utara negara tersebut. Seekor ular pelangi raksasa, mewakili Australia, turut diangkat oleh para pelakon dan menyertai pari tersebut.

    Monique Maihi-Pihema, keturunan puak Ngati Whatua Orakei yang mempunyai hak sejarah terhadap Eden Park, di mana perlawanan pembukaan antara New Zealand dan Norway berlangsung, menyanyikan lagu tradisional bagi menyambut kedatangan Australia.

    Upacara berakhir dengan bola perlawanan rasmi diserahkan kepada Amerika Syarikat (AS), juara Piala Dunia 2019, 2015 dan Jepun, juara Piala Dunia 2011, di tengah padang untuk mewakili ‘koha’ Maori, iaitu hadiah kepada 30 pasukan lain yang bertanding.

    Kemudian, 32 negara diperkenalkan di skrin video stadium sambil penari menampilkan rutin kesatuan dengan kostum yang terinspirasi daripada jersi 32 negara. Penyanyi Stella Rose Bennett (BENEE) seterusnya menyampaikan lagu rasmi kejohanan, Do It Again, ketika upacara berakhir.

    Tepat sebelum perlawanan bermula, suasana hening seketika bagi menghormati mangsa tembakan yang berlaku pagi tadi di pusat bandar Auckland. Kejadian tembakan tersebut tidak berkaitan dengan kejohanan, tetapi berlaku berdekatan dengan hotel-hotel pasukan. – AFP

    Logo rasmi Piala Dunia Wanita Australia dan New Zealand 2023 dipamerkan semasa majlis perasmian kejohanan di Eden Park di Auckland, 20 Julai. – AFP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda