Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Haiti, Conille dalam keadaan stabil

    MOSCOW, 10 JUN – Keadaan Perdana Menteri Haiti, Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil, kata pejabatnya kelmarin, lapor Sputnik.

    Agence France-Presse sebelum ini melaporkan bahawa Conille dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, sambil menambah Perdana Menteri itu mungkin akan dihantar ke luar negara untuk rawatan.

    “Selepas seminggu menjalani aktiviti yang intensif, pada petang Sabtu lalu, Perdana Menteri Garry Conille merasa kurang sihat dan pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. Keadaannya kini stabil,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan di laman X. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda