Friday, November 29, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Postecoglou berhasrat perkukuh serangan Spurs

    LONDON, 23 MEI – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou berhasrat untuk memperkuat barisan serangannya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris, dengan keutamaan pertamanya adalah membuat keputusan sama ada untuk menjadikan perpindahan pinjaman Timo Werner kekal atau sebaliknya.

    Pengurus Australia itu membawa Tottenham ke tempat kelima dan kelayakan Liga Europa dalam tahun pertamanya sebagai pengurus dan berkata perubahan diperlukan untuk membina pencapaian tersebut apabila kempen baharu bermula pada Ogos.

    Selepas perlawanan persahabatan pasca musim menentang Newcastle di Melbourne pada Rabu, di mana Spurs tewas 5-4 menerusi penalti selepas perlawanan berakhir 1-1, Postecoglou menekankan bahawa barisan depan menjadi keutamaan.

    “Maksud saya, ia bukan rahsia. Awda melihat cara kami mengakhiri musim ini,” katanya.

    “Kami jelas kehilangan Richarlison dan Timo juga kerana kecederaan. Tetapi kami agak kekurangan pada bahagian tersebut.

    “Kami memulakan musim lalu dengan Manor (Solomon) dan (Ivan) Perisic dan kami berada dalam keadaan yang cukup kukuh di bahagian serangan dari segi bilangan pemain. Tetapi sepanjang tahun, semakin jelas kami perlu mempertingkatkannya.

    “Kami jelas berada di Eropah tahun depan, jadi akan ada lebih banyak perlawanan. Jadi ini pastinya bahagian yang perlu kita perkukuhkan,” jelasnya.

    Pemain sayap Jerman, Werner menyertai Spurs secara pinjaman dari kelab Bundesliga, RB Leipzig pada bulan Januari dan menyumbang dua gol dan tiga bantuan dalam 14 penampilan sebelum kecederaan menamatkan musimnya lebih awal.

    Kelab London itu mempunyai pilihan untuk membeli Werner, dengan Postecoglou mengatakan tarikh akhir telah ditetapkan untuk membuat keputusan. – AFP

    Postecoglou (kiri) dan pemain Son Heung-min menghadiri sidang media di AAMI Park di Melbourne. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda