Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Premis perniagaan didapati guna alat sukatan mansuh

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Sebanyak 12 unit alat sukatan dan timbangan yang digunakan bagi tujuan perdagangan telah diperiksa oleh penguat kuasa Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) semasa operasi bersepadu yang dijalankan di beberapa buah premis perniagaan di Daerah Brunei dan Muara pada 23 April lalu.

    Daripada jumlah berkenaan, satu daripadanya gagal mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan iaitu menggunakan alat sukatan yang telah mansuh tempoh sah penggunaannya.

    Dapatan itu adalah hasil daripada operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit SDT dan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) iaitu lawatan mengejut ke atas beberapa buah premis perniagaan di Daerah Brunei dan Muara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, penguat kuasa Unit SDT juga telah mendapati sebuah premis perniagaan menjual alat sukatan dan timbangan kepada pengguna tanpa kebenaran daripada Unit SDT sebagai syarikat pembekal alat-alat sukatan dan timbangan.

    Kesemua alat yang dipamerkan telah diarahkan untuk diasingkan dari tempat jualan serta pihak syarikat berkenaan telah dikeluarkan Notis Peringatan untuk tindakan selanjutnya.

    Pihak JPES juga telah mendapati kesemua lima premis perniagaan yang diperiksa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya iaitu barangan yang dikawal harga seperti minyak masak serta susu tepung formula, tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan serta tanda harga dipamerkan dengan jelas dan betul.

    Satu daripada lima premis perniagaan berkenaan adalah peserta Jualan Mega Brunei 2024 dan premis berkenaan didapati mematuhi garis panduan acara jualan murah yang telah ditetapkan.

    ATAS & BAWAH : Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan semasa operasi itu. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...