Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemenang Peraduan Fotografi Semarak Hari Kebangsaan dirai

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Peraduan Fotografi Semarak Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Tahun 2024 menutup tirainya dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di Dewan Sarmayuda, DBP, Lapangan Terbang Lama Berakas, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan panel hakim ialah ahli Majlis Mesyuarat
    Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

    Pada tahun ini, peraduan telah mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 67 orang peserta dengan 100 keping gambar iaitu 23 orang peserta daripada Kategori Khas dengan 35 keping gambar, 31 orang peserta daripada Kategori A (Umum) dengan 48 keping gambar dan 13 orang peserta daripada Kategori B (Sajak Potret) dengan 17 keping gambar.

    Johan bagi Kategori Khas (wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama rakyat dan penduduk atau wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia) disandang oleh Haji Mohamad Haranadi bin Haji Buntar dengan gambar bertajuk Kayuhan Kemerdekaan, diikuti oleh Awang Muhammad Syarifuddin @ Buntar bin Haji Mohd Supri selaku naib johan dengan gambar Semangat Kemerdekaan dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Abdul Hadi bin Abdul Rahim dengan gambar Kayuhan Diraja Kemerdekaan.

    Bagi Kategori A, johan disandang oleh Abang Muhammad Saifulizam bin Abang Zamhor diikuti oleh Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Mohd Salleh selaku naib johan dan Dayang Nurmadihahtul Syamimi binti Haji Ali di tempat ketiga.

    Johan Kategori B (Sajak Potret) pula dimenangi oleh Dayang Lenna Norsusilanita binti Bahari, naib johan Awang Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman dan tempat ketiga ialah Haji Kahan bin Haji Nasir.

    Peraduan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan dengan mengetengahkan tema 40 Tahun Negara Merdeka itu merupakan pelaksanaan kali keempat bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Isa menyampaikan hadiah kepada Haji Mohamad Haranadi selaku pemenang kategori khas peraduan berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pengiran Haji Isa menyaksikan pameran peraduan fotografi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pengiran Haji Isa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori B, Dayang Lenna Norsusilanita. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pengiran Haji Isa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori A, Awang Muhammad Saifulizam. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...