Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    JKDM rampas 70kg dadah bernilai lebih RM2.4 juta

    NILAI, 26 APRIL – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan tiga cubaan menyeludup dan mengedar dadah melibatkan rampasan kira-kira 70 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM2.4 juta bagi tempoh 7 hingga 23 April lepas.

    Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, rampasan pertama melibatkan dadah jenis ketamin seberat 6kg dan methamphetamine seberat 27.65kg masing-masing dianggarkan bernilai RM300,000 dan RM884,800 di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9:30 malam, 7 April.

    “Dagangan dihantar menggunakan kurier dari Lembah Klang ke Sabah dengan menyalahgunakan nama syarikat penerima yang menjalankan perniagaan hardware melalui udara dan barangan diikrarkan sebagai hardware tools,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam di sini hari ini.

    Beliau berkata, bagi kes kedua pula, JKDM menyita tiga bungkusan diikrarkan sebagai seluar, namun menjumpai bahan kristal disyaki methamphetamine seberat 40.2kg dianggar bernilai RM1.28 juta dalam bungkusan teh herba Cina semasa serbuan di sebuah premis kurier di Subang Jaya, Selangor pada 8:30 malam, 18 April.

    Menurut Sazali dagangan dari cawangan kurier di Kedah yang dihantar ke hab ibu pejabat perkhidmatan kurier itu di Subang Jaya menggunakan laluan darat kemudian akan dihantar ke Kuching, Sarawak menggunakan laluan udara. – Bernama

    Datuk Sazali Mohamad ketika sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wanita mengaku tidak bersalah susulan 3 individu mati keracunan cendawan

    MELBOURNE, 7 MEI - Seorang wanita Australia yang dituduh membunuh mertuanya dengan daging lembu Wellington bercampur cendawan beracun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh,...