Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Venezuela mohon sahkan keputusan pilihan raya

    CARACAS, 1 OGOS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, kelmarin mengemukakan permohonan kepada Dewan Pilihan Raya Mahkamah Agung untuk mengaudit dan mengesahkan keputusan pilihan raya presiden Ahad lepas di tengah-tengah desakan bagi membuktikan ketelusan.

    Maduro meminta mahkamah tertinggi untuk memanggil institusi berkaitan bagi membandingkan semua bukti dan memperakui serta mendapatkan pendapat pakar mengenai keputusan pilihan raya pada 28 Julai, lapor Xinhua.

    “Saya memberitahu Dewan Pilihan Raya bahawa saya bersedia untuk dipanggil dan disoal siasat sebagai calon presiden yang menang dalam pilihan raya Ahad…” katanya.

    The Great Patriotic Pole dan Parti Sosialis Bersatu Venezuela yang menyokong pencalonan semula Maduro bersedia mengemukakan 100 peratus rekod pilihan raya yang diperoleh mereka.

    Maduro juga berkata bahawa Dewan Pilihan Raya harus mengharapkan perkara yang
    sama daripada setiap calon dan organisasi politik.

    Pada Isnin lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela mengisytiharkan Maduro sebagai pemenang pilihan raya presiden buat penggal ketiga berturut-turut sejak 2013. – Bernama

    Presiden Venezuela Nicolas Maduro memberi isyarat semasa sidang akhbar di Caracas pada 31 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda