Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proses pengundian bermula di Jammu dan Kashmir

    NEW DELHI, 18 SEPT – Proses pengundian di Jammu dan Kashmir bermula hari ini, menurut seorang pegawai kerajaan tempatan kepada Xinhua melalui panggilan telefon.

    Pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang waktu tempatan di 24 kawasan Dewan Undangan semasa fasa pertama. Wilayah itu mempunyai sejumlah 90 kawasan Dewan Undangan.

    Para pengundi dilihat beratur panjang menunggu giliran mereka untuk mengundi.

    Pilihan raya Dewan Undangan diadakan di wilayah itu selepas tempoh 10 tahun.

    Memetik angka rasmi, Hindustan Times melaporkan bahawa lebih 2.3 juta pengundi layak mengundi di tujuh daerah.

    Daripada 24 kawasan Dewan Undangan, lapan merangkumi tiga daerah di wilayah Jammu iaitu Doda, Ramban dan Kishtwar manakala 16 di empat daerah di Kashmir iaitu Anantnag, Pulwama, Shopian dan Kulgam. – Bernama

    Orang ramai beratur untuk membuang undi di pusat mengundi di Shopian kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda