JAKARTA, 14 JAN – Gempa bumi 6.6 magnitud melanda pulau Jawa hari ini, Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, ketika bangunan dikatakan bergegar di ibu negara, Jakarta.
Gempa melanda bahagian barat daya pulau itu pada kedalaman 37 kilometer (km) pada 0905 GMT, menurut USGS.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan segera kemalangan jiwa atau kerosakan, namun gegaran dirasakan di ibu negara dan menggegarkan bangunan, menurut wartawan AFP.
Sebahagian penduduk Jakarta keluar dari bangunan dan beratus-ratus menunggu di luar selepas gempa, menurut wartawan AFP di sana. Nur Latifa, seorang penduduk berusia 25 tahun, menjelaskan penduduk di kompleks apartmen Kalibata City – di selatan ibu negara – melarikan diri dari kediaman mereka sebaik gempa melanda. – AFP