Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Regu Mohd Zuhar dan Mohd Shahrirul menang kejohanan badminton

    Oleh Daniel Lim

    KUALA BELAIT, 30 OKT – Bersempena Hari Belia Kebangsaan, Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait telah menganjurkan Kejohanan Badminton Daerah Belait 2022 dari 17 hingga 28 Oktober bagi memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan kemahiran para pemain di Daerah Belait.

    Sebanyak 17 pasukan menyertai kejohanan yang terdiri daripada dua kategori, iaitu Terbuka Lelaki dan Lelaki Bawah 21.

    Hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyaksikan acara kemuncak pada malam 28 Oktober ialah wakil Ketua Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait, Gaung Jamit.

    Kejohanan yang berformatkan pusingan robin itu menyaksikan pasangan beregu Muhd Waiz dan Khairul Azzemi mendapat tempat pertama, sementara Aniq Darwisy dan Awangku Muhd Abdul Qawi di tempat kedua, manakala Muhd Faqrith Haikal dan Muhd Nur Izzat Fathullah mendapat tempat ketiga dalam kategori Lelaki Bawah 21.

    Sementara itu, bagi kategori Terbuka Lelaki, regu Mohd Zuhar dan Mohd Shahrirul menang 2-0 ke atas regu Mohd Abd Aziz dan Mohd Nur Ilmi Azim sekali gus diangkat sebagai juara.

    Tempat ketiga dikongsi bersama oleh regu Ahmad Ambri Amin dan Mohd Sharizza dengan regu Mohd Azan@Akhbar dan Sunnur Akmal.

    Hadiah dan pingat telah disampaikan oleh tetamu kehormat selepas tamat kejohanan itu.

    Gambar ramai para peserta, tetamu kehormat dan tetamu jemputan, bersama pingat yang dimenangi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...