Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kakitangan BIBD At-Tamwil sertai Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 30 OKT – Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan BIBD At-Tamwil Berhad didedahkan kepada pelbagai langkah dan strategi dalam aspek keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal semasa Kursus Marsyal Bomba, baru-baru ini.

    Kursus tiga hari yang berlangsung di Ibu Pejabat BIBD At-Tamwil, Beribi itu dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menerusi Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A.

    Semasa kursus itu, para peserta juga mempelajari segala tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Di samping itu, mereka diberikan pengetahuan dan pengalaman akan tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul; dan tatacara menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    Anggota bomba dan penyelamat memberikan tunjuk ajar tatacara memadamkan api semasa Kursus Marsyal Bomba bertempat di Ibu Pejabat BIBD At-Tamwil, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...