Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka AITI meriahkan suasana Aidilfitri

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Indah Biru, Perindustrian Ringan Lugu, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Pengerusi AITI.

    Turut hadir ialah ahli-ahli AITI, pegawai kanan kerajaan, wakil industri dan tetamu jemputan.

    Perayaan tahunan itu memberikan peluang kepada AITI untuk merakamkan penghargaan kepada pihak luar dan pihak berkepentingan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan selaras dengan nilai membina hubungan yang lebih erat antara masyarakat.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut tidak melepaskan peluang untuk bergambar ramai. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara kemeriahan suasana sambutan Aidilfitri di Dewan Indah Biru, Perindustrian Ringan Lugu, Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...