Thursday, May 2, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sabri Yunus penat jawab berita Angeline Tan hamil

    Sejak beberapa hari lalu heboh di media sosial kononnya pelakon Angeline Tan sedang hamil selepas enam bulan mendirikan rumah tangga dengan aktor dan pengarah Sabri Yunus.

    Mengulas mengenai perkara itu, Sabri, 63, menyifatkan berita tersebut sebagai fitnah paling kelakar pernah didengarinya sejak mendirikan rumah tangga.

    “Hari ini paling kelakar sepanjang enam bulan lalu. Hari ini tular fitnah paling kelakar,” katanya.

    Sabri berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

    Dalam pada itu, menurut perkongsian mStar, Sabri turut mempersoalkan pihak tidak bertanggungjawab yang tergamak menyebarkan berita tersebut sedangkan ia tidak pernah keluar daripada mulutnya.

    Apa lebih menyedihkan kata Sabri, ada pihak percaya dan menyampaikan berita itu kepada pihak lain sehingga menimbulkan fitnah.

    “Kepada mereka yang memulakan isu ini, dia tidak rasa bersalah atau rasa berdosa?

    “Kepada yang menyambut dan menyambung menularkan cerita ini tidak berasa perkara sama?,” ujarnya.

    Tambah pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu, fitnah tersebut memberi kesan dan menganggu aktiviti hariannya kerana perlu menjawab pertanyaan pelbagai pihak. – Agensi

    Ada yang ambil kesempatan sebar fitnah kononnya Angeline kini sedang hamil. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...