Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabronzo nafi jalin hubungan dengan ahli politik

    Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, 29, menepis dakwaan kononnya menjalin hubungan dengan seorang ahli politik, lapor BH Online.

    Sabronzo atau nama sebenar, Wan Sabrina Wan Rusli, berkata tuduhan susulan tular apa yang didakwa klip video memaparkan seorang wanita mirip dirinya memasuki sebuah premis dengan individu terbabit, adalah fitnah.

    Malah, Sabronzo menjelaskan, dia tidak pernah kenal atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.

    “Maaf, saya tidak kenal siapa individu dimaksudkan itu. Saya pun tidak tengok video yang tular itu.

    “Itu bukan saya. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia, 100 peratus itu bukan saya,” katanya ditemui selepas menjayakan Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

    Sabronzo menjelaskan dia tidak pernah kenal atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di Malaysia. – The Star

    Baru-baru ini, tular klip video memperlihatkan seorang wanita didakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah premis sejurus selepas seorang jejaka yang dikatakan ahli politik, tiba di lokasi sama.

    Jejaka yang didakwa ahli politik itu dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang selebriti popular, namun, berakhir dengan perpisahan.

    Sabronzo berkata, dirinya terkait mungkin disebabkan wanita dalam rakaman video berkenaan mirip dirinya.

    “Saya tidak tahu mahu respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya.

    “Tetapi memang bukan saya. Lagipun internet (pengguna) sekarang kreatif,” katanya.

    Sabronzo berkata, dia hanya memberi tumpuan terhadap karier nyanyian. Namun, tidak teragak membuat pengumuman kepada peminat jika sudah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka pada masa akan datang.

    “Fokus saya kepada karier seni dan tiada masa untuk perkara lain. Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok. Tetapi buat masa sekarang masih belum ada,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda