Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis hasil embrio badak sumbu putih

    NAIROBI, 30 JULAI – Ahli sains yang berusaha mengembalikan populasi badak sumbu putih utara mengumumkan mereka berjaya menghasilkan tiga embrio tambahan subspesies itu, justeru membawa jumlah keseluruhan kepada 12.

    Salah satu daripada dua spesimen yang masih hidup di dunia – badak betina Fatu yang tinggal bersama ibunya Najin di pusat pemulihan hidupan liar Ol Pejeta di Kenya – membekalkan telur untuk projek itu, sementara sperma yang digunakan datang daripada dua badak jantan yang sudah mati.

    Konsertium saintifik Biorescue menggambarkan dalam kenyataan akhbar pada Khamis bagaimana telur diambil dari Fatu pada awal Julai sebelum dibawa ke makmal di Itali untuk persenyawaan, pembangunan dan pemeliharaan.

    Fatu dan Najin tidak dapat melahirkan anak, maka ibu tunggal untuk embrio akan dipilih daripada kumpulan badak sumbu putih selatan.

    Pengarah Ol Pejeta Richard Vigne memberitahu AFP hari ini beliau percaya projek itu berpeluang mencatat kejayaan, sementara menekankan risiko tinggi yang bakal dihadapi.

    “Kami menjalankan projek yang canggih daripada perspektif saintifik yang membabitkan genetik, dengan dua badak sumbu putih utara yang masih tinggal di planet,” kata Vigne. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda