Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Samsung lancar Galaxy S22 baharu

    SAN RAMON, 10 FEB – Samsung berusaha merampas semula kedudukan dalam pasaran telefon pintar mewah dengan model baharu Galaxy S bertujuan menarik pengguna yang semakin berkongsi video aksi mereka dalam TikTok, Facebook, YouTube dan aplikasi popular lain.

    Walaupun telefon Galaxy S22 yang dilancarkan semalam memaparkan beberapa peningkatan berbanding model tahun lalu, perbezaannya adalah tidak ketara. Samsung sedang memberi penekanan kepada ciri-ciri baharu dalam telefon yang sepatutnya menghasilkan video yang lebih stabil.

    Salah satu perubahan paling menonjol adalah penambahan pen binaan dalam untuk mengambil nota digital dan melukis di skrin model Ultra. ‘Pen S’ perlu dibeli berasingan untuk model tahun lalu, yang tidak termasuk slot untuk menyimpannya apabila tidak digunakan.

    Model Galaxy S22 standard dan Galaxy S22 Plus tidak termasuk Pen S, yang menjadi popular dalam model Note yang bertujuan menyiapkan kerja daripada hiburan dan aktiviti senggang.

    Ketiga-tiga model Galaxy S22 – yang boleh diperoleh di kedai pada 25 Februari – sepatutnya mempunyai hayat bateri lebih lama dan kamera lebih baik, terutamanya untuk mengambil gambar dalam cahaya gelap dan video yang dianggarkan Samsung menyumbang kepada 80 peratus penggunaan internet. – AP

    Samsung Galaxy S22 Ultra, dengan Pen S, dipamerkan di San Francisco pada 8 Februari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...