Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Leeds bangkit kembali, kekang Aston Villa

    BIRMINGHAM, ENGLAND, 10 FEB – Philippe Coutinho menjaringkan satu gol dan mengumpan dua gol lain untuk Aston Villa dalam keputusan seri 3-3 dengan Leeds dalam pertemuan hujung ke hujung dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

    Leeds bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk menyelamatkan satu mata di Villa Park, dengan pemain pertahanan tengah, Diego Llorente menjadi penja-ring yang tidak dijangkakan bagi gol penyamaan separuh masa kedua.

    Coutinho memulakan cabaran pada separuh masa pertama apabila dia menyamakan gol pembukaan Dan James pada minit kesembilan dengan penyudah rendahnya sendiri ke sudut pada minit ke-30.

    Pemain antarabangsa Brazil itu kemudiannya memberikan hantaran untuk gol kepada rakan tengah, Jacob Ramsey pada minit ke-38 dan ke-43.

    “Melihat persembahan Philippe malam ini, bukan hanya gol dan hantaran golnya, jika awda tidak suka menonton, awda tidak sepatutnya menonton bola sepak,” kata pengurus Villa, Steven Gerrard. “Itu benar-benar indah, beberapa perkara yang telah dia lakukan .”

    James menjadikan kedudukan 3-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama dan Llorente memastikan permainan tersebut berakhir dengan menjaringkan gol dari jarak dekat selepas pemain pertahanan Villa, Tyrone Mings gagal mengawal bola.

    Ezri Konsa juga dibuang padang pada lewat perlawanan kerana kad kuning kedua untuk Villa, tetapi Leeds tidak dapat memanfaatkannya.

    Keputusan seri mengetepikan pasukan Marcelo Bielsa — kini hanya dengan tiga kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir — enam mata di depan zon penyingkiran dan menafikan Villa tempat di separuh teratas liga. – AP

    Reaksi Philippe Coutinho meraikan gol dalam perlawanan antara Aston Villa dan Leeds United kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...