Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu mayat ditemukan susulan jambatan di Baltimore runtuh

    WASHINGTON, 27 MAC – Satu mayat ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat (AS), lapor media kelmarin.

    “Kami dengar satu mayat telah ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak,” kata Ahli Majis Bandar Baltimore Phylicia Porter sebagai berkata kepada CNN.

    Pegawai berkata runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa kelmarin, menyebabkan ia melanggar struktur jambatan itu. Perlanggaran itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

    Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenam-enam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.

    Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

    “Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan,” kata Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scott.

    “Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terlibat”.

    Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih kelmarin, Presiden AS, Joe Biden mahu kerajaan persekutuan membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda