Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Sehun EXO lari daripada latihan ketenteraan?

    Nama anggota kumpulan EXO iaitu Sehun hangat dikatakan oleh warganet apabila dipercayai sedang bercuti bersama teman wanita di Jepun.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Sehun, 30, dikatakan keluar bersama seorang wanita yang membawa beg berjenama mewah Dior.

    Menurut laporan AllKpop, wanita yang enggan didedahkan identitinya itu berkata dia seakan tidak percaya melihat kelibat Sehun bersama wanita berkenaan.

    Mana tidaknya, Sehun kini sedang menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan.

    “Adakah Sehun benar-benar sedang melakukan perkhidmatan ketenteraan wajibnya?

    “Saya ternampak dia di Cheong-dam bersama teman wanitanya,” katanya.

    Kesahihan khabar tersebut bagaimanapun diragui warganet selain hairan dengan kebebasan yang dimiliki Sehun sebagai seorang pekerja perkhidmatan awam.

    Sejak khabar angin tersebut tersebar, pihak SM Entertainment masih mengunci mulut dari memberi sebarang kenyataan. – Agensi

    Pihak Sehun EXO masih mendiamkan diri mengenai dakwaan berkenaan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...