Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Serpihan roket terangi ruang udara Jepun

    TOKYO, 11 MEI – Cahaya berapi-api merentasi langit malam di selatan Jepun yang mungkin disebabkan oleh serpihan roket dari angkasa lepas yang dilancarkan oleh China, kata pegawai Jepun hari ini.

    Sebuah video melihatkan bebola api yang kelihatan menyala di media sosial semalam, dengan penduduk dan pengguna membuat spekulasi tentang apa yang mungkin menyebabkan kejadian luar biasa itu.

    Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun (NAOJ) cawangan Ishigaki di Okinawa berkata ia memerhatikan jaluran cahaya pada 8:33 semalam, kata seorang pegawai kepada AFP.

    “Memandangkan maklumat yang tersedia secara umum, kami berpendapat objek yang jatuh bukanlah bebola api dari meteorit, tetapi serpihan dari roket,” kata seorang pegawai NAOJ, yang enggan namanya disiarkan.

    “Kelajuan perlahan dan cara cahaya bergerak secara selari kelihatan betul-betul seperti kemasukan serpihan roket ke atmosfera,” katanya.

    “Kemungkinan ia adalah serpihan dari roket yang dilancarkan oleh China pada November,” tambahnya.

    “Terdapat maklumat bahawa sebahagian daripada roket itu dijangka memasuki semula atmosfera” sekitar masa ini, katanya.

    Serpihan itu berkemungkinan telah jatuh ke dalam lautan dan tidak mendatangkan bahaya, tambahnya, memetik ramalan laluan yang akan dilaluinya.

    “Ia cantik, ia kelihatan seperti pokok bunga sakura yang menangis,” seorang pengguna Twitter menulis mengenai paparan itu.

    “Tetapi adalah baik untuk mengetahui ia bukan sesuatu yang berbahaya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...