Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Draf teks CoC di Laut China Selatan di peringkat bacaan kali kedua

    SINGAPURA, 11 MEI – Draf teks Kod Tata Laku (CoC) di Laut China Selatan kini di peringkat bacaan kali kedua, menurut Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

    “Rundingan secara peribadi mengenai CoC di Laut China Selatan telah disambung semula pada Mei lalu, selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19,” kata Balakrishnan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Gan Thiam Poh.

    Gan bertanya sama ada menteri itu boleh memberikan maklumat terkini mengenai kemajuan rundingan dan kemuktamadan CoC di Laut China Selatan yang sedang dirangka oleh ASEAN dan China.

    “Singapura akan terus berusaha ke arah CoC yang berkesan dan substantif, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS) yang melindungi hak dan kepentingan semua pihak di Laut China Selatan,” tambah Balakrishnan. – Bernama

    Dr Vivian Balakrishnan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...