Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharon Stone hilang jutaan wang simpanan ketika strok

    Bintang Hollywood, Sharon Stone mendedahkan bagaimana orang ramai mengambil kesempatan atas kewangannya ketika dirinya sedang pulih daripada penyakit strok yang hampir meragut nyawanya, lapor agensi Berita Jerman (dpa).

    Pada 2001, bintang Basic Instinct itu mengalami strok yang menyebabkan pendarahan otak selama sembilan hari hingga memaksanya berehat daripada Hollywood selama tujuh tahun untuk pulih sepenuhnya.

    “Orang ramai mengambil kesempatan ke atas saya sepanjang tempoh itu.

    “Saya mempunyai simpanan AS$18 juta hasil daripada kejayaan, tetapi apabila saya memeriksa akaun bank, semuanya sudah habis.

    “Peti sejuk, telefon saya, semuanya atas nama orang lain. Saya tidak mempunyai wang langsung,” katanya kepada The Hollywood Reporter.

    Stone memilih fokus kepada perkara positif daripada berasa pahit mengenai pengalamannya selepas mengalami penyakit strok. – The Hollywood Reporter

    Aktres berusia 66 tahun itu berkata, dia memilih untuk fokus kepada perkara positif daripada berasa pahit mengenai pengalamannya selepas mengalami penyakit strok.

    “Saya memutuskan untuk terus menikmati masa sekarang dan melepaskan segalanya.

    Saya memilih tidak berpegang kepada sakit, kepahitan atau kemarahan.

    “Jika menggigit benih kepahitan, ia tidak akan pernah hilang. Tetapi, jika mempunyai kepercayaan, walaupun sekecil biji sawi, awda akan bertahan. Jadi, saya hidup untuk kegembiraan dan tujuan,” katanya.

    Stone berkata, strok itu mengubah sepenuhnya cara otaknya berfungsi.

    Katanya, seorang sami Buddha memberitahu bahawa dirinya dijelmakan semula dalam badan yang sama.

    “Saya mengalami pengalaman hampir mati dan kemudiannya, mereka membawa saya kembali.

    “Selama sembilan hari otak saya mengalami pendarahan, jadi otak saya ditolak ke bahagian depan muka. Ia tidak berada pada posisi asal di kepala.

    “Dan semasa itu berlaku, semuanya berubah iaitu deria bau, penglihatan dan sentuhan. Saya tidak dapat membaca selama beberapa tahun. Semuanya menjadi kabur dan saya melihat corak warna,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda