Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura hentikan pendaftaran kereta, teksi diesel baharu mulai tahun depan

    SINGAPURA, 10 JULAI – Singapura akan menghentikan pendaftaran bagi kereta dan teksi berenjin diesel baharu mulai 1 Januari 2025 selaras dengan visi negara itu untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lebih mesra alam menjelang 2040.

    Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menjelaskan kereta diesel yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2025 masih boleh memperbaharui Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), tetapi akan dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi sebagai langkah mengurangkan jumlah mereka yang memperbaharui COE.

    “Mulai 1 Januari 2025, pendaftaran bagi kereta dan teksi diesel baharu tidak lagi dibenarkan.

    “Dengan adanya alternatif tenaga lebih bersih yang kini tersedia secara meluas, peratusan pendaftaran kereta dan teksi diesel baharu kekal di bawah satu peratus sejak 2021,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan, kelmarin.

    Perkara itu kali pertama diumumkan dalam sesi Parlimen pada Mac 2021.

    Bagaimanapun, sekatan itu tidak terpakai kepada kenderaan import dan kereta yang didaftarkan di bawah Skim Kenderaan Klasik dan Skim Kenderaan Vintaj. – Bernama

    Gambar ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda