Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    SOP kes positif COVID-19 dikemas kini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kementerian Kesihatan telah mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) pemantauan kes-kes positif COVID-19 iaitu mereka yang kod BruHealthnya telah berubah kepada warna ungu atau mereka yang telah melaporkan keputusan ART positif di laman web kementerian tersebut.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, kes-kes berkenaan akan menerima satu pesanan ringkas (SMS) dari Kementerian Kesihatan yang mengandungi arahan bagi penerima SMS untuk mengemas kini status kesihatan mereka melalui pautan yang diberikan bagi membolehkan Kementerian Kesihatan memantau keadaan kesihatan individu berkenaan.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini, Yang Berhormat Dato turut memaklumkan bahawa mulai hari ini, Kementerian Kesihatan juga mengemas kini definisi hari pertama bagi kes-kes dan kontak-kontak terdekat COVID-19 di mana hari pertama bagi seseorang yang positif COVID-19 ialah apabila kod BruHealth berubah menjadi warna ungu manakala bagi kontak terdekat pula ialah apabila kod BruHealth berubah menjadi warna merah.

    “Dalam senario di mana seorang kontak terdekat yang mempunyai kod merah dan sedang menjalani pengasingan diri, tiba-tiba memperoleh keputusan ART yang positif, kod BruHealthnya akan berubah menjadi warna ungu setelah mereka memuat naik keputusan ART ke dalam laman web portal yang telah dinyatakan dan hari tersebut berulang menjadi hari pertama bagi tempoh pengasingannya yang baharu,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Sementara itu, jika berlaku sebarang kelambatan perubahan warna kod BruHealth bagi mana-mana kes atau kontak, Yang Berhormat Dato menasihatkan kepada individu berkenaan untuk bersabar dan terus mengasingkan diri daripada orang lain.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap pada sidang media kelmarin. -Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...