Friday, November 29, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs tiada masalah tanpa Kane

    LONDON, 14 OGOS – Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou berkata pasukannya memberi keyakinan kepada penyokong di sebalik ketiadaan Harry Kane selepas seri 2-2 dengan Brentford pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

    Penjaring gol sepanjang zaman Spurs itu menyertai Bayern Munich hanya 24 jam sebelum Tottenham memulakan aksi pertama mereka di saingan EPL.

    Menjaringkan gol bukanlah masalah buat pelawat dalam perlawanan kompetitif pertama Postecoglou apabila pemain pertahanan, Cristian Romero dan Emerson Royal masing-masing meledak gol awal di minit ke-11 dan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

    Tetapi kelemahan pertahanan Tottenham terserlah apabila Brentford menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bryan Mbeumo minit ke-27 kemudian mendahului hasil percubaan Yoane Wissa pada minit ke-36.

    “Harry Kane adalah tonggak utama kelab ini sejak sekian lama dan akan terus diingati sama ada dia berada di sini atau tidak.

    “Kami mahu turun beraksi dan memberi penyokong harapan serta kepercayaan terhadap pasukan. Saya fikir mereka berjaya melakukannya pada perlawanan ini,” kata Postecoglou.

    Postecoglou mengambil keputusan untuk mengeluarkan Romero sejurus selepas dia membuka jaringan pada minit ke-11 kerana bimbang mengalami gegaran otak walaupun mendapat bantahan daripada bek tengah Argentina itu. – AFP

    Emerson Royal (kanan) meraikan gol kedua bersama Son Heung-min (tengah) dan Micky van de Ven dalam perlawanan di antara Brentford dan Tottenham Hotspur di Stadium Komuniti di London pada 13 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda