Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Sri Lanka runding pinjaman tambahan dari China

    COLOMBO, SRI LANKA, 26 APRIL – Kerajaan Sri Lanka berkata hari ini ia sedang berunding untuk mendapatkan satu lagi pinjaman dari Beijing untuk membayar balik beberapa hutangnya kepada bank China selepas China memberitahu negara kepulauan bankrap itu bahawa ia tidak menyokong penyusunan semula pinjaman sekarang.

    Sri Lanka mempunyai hampir AS$7 bilion dalam hutang asing dijangka dibayar balik pada tahun ini dan perlu membayar balik AS$25 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. Kekurangan tukaran asing bermakna negara itu kekurangan wang untuk membeli barangan import, membawa kepada kekura-ngan makanan, bahan api dan barangan asas lain.

    Krisis ekonomi telah mencetuskan bantahan berminggu lamanya di seluruh negara yang menggesa Presiden Gotanaya Rajapaksa meletak jawatan.

    Jurucakap kerajaan Nalaka Godahewa berkata Beijing enggan menyusun semula hutang Sri Lanka disebabkan ia tidak mahu menetapkan duluan. Beliau memberitahu wartawan kementerian kewangan akan mengumumkan butir-butir perbincangan dengan China pada tarikh kemudian.

    Awal bulan ini, kerajaan berkata ia telah menggantung bayaran balik pinjaman asing sementara menunggu rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk pelan penyusunan semula pinjaman.

    Masalah hutang Sri Lanka berpunca sebahagiannya daripada pembinaan infrastruktur seperti pelabuhan, lapa-ngan terbang dan rangkaian jalan raya menggunakan pinjaman China, namun projek berkenaan tidak memberikan keuntungan.

    Rajapaksa telah meminta Menteri Luar China Wang Yi, yang melawat Sri Lanka pada Januari, supaya menyusun semula pinjaman berkenaan. – AP

    Presiden Gotabaya Rajapaksa (kiri) dan Menteri Luar China, Wang Yi tiba di projek penebusgunaan laut dibiayai China di Colombo, Sri Lanka pada 9 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...