Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mandat pelitup muka dibatalkan

    PHNOM PENH, 26 APRIL – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen hari ini membatalkan mandat pemakaian pelitup muka di tempat terbuka selepas sebahagian besar penduduk negara itu sudah divaksinasi.

    “Mandat memakai pelitup muka di semua tempat awam dan tempat terbuka di seluruh negara kini dibatalkan. Walau bagaimanapun, ia masih dimestikan di tempat tertutup,” katanya dalam perutusan khas.

    Orang ramai kini boleh memilih sama ada untuk memakai atau tidak pelitup muka di tempat terbuka, tetapi masih diwajibkan di tempat-tempat yang tertutup berhawa dingin seperti bilik perjumpaan dan panggung wayang, katanya.

    Perdana menteri meluahkan harapan bahawa dengan keputusan itu, yang berkuat kuasa serta merta, akan meringankan beban kewangan bagi warga Kemboja, yang menghabiskan kira-kira AS$3 juta sebulan untuk membeli pelitup muka.

    Kemboja hanya melaporkan dua kes baharu COVID hari ini dan tiada kematian direkodkan, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara itu kepada 136,230 kes termasuk 3,056 kematian sejak pandemik bermula di ibu kota Phnom Penh buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun.

    Hun Sen memuji kadar vaksinasi yang tinggi punca jumlah jangkitan berkurangan, dan berkata setakat ini, lebih 93 peratus daripada 16 juta penduduk negara itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan dan 88.5 peratus sudah lengkap diberikan dua dos.

    Selain itu, 51.7 peratus sudah mendapatkan dos penggalak manakala sembilan peratus diberikan dos keempat.

    Kebanyakan vaksin COVID yang digunakan di negara itu adalah menggunakan vaksin Sinovac dan Sinopharm dari China.

    Sementara itu, Hun Sen sekali lagi menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak, dengan berkata dos penggalak penting untuk memberikan pertahanan yang lebih kuat terhadap penyakit. – Xinhua

    Pembantu pelancong membantu mengambil gambar pengunjung di Kuil Angkor Wat. Kemboja akan membatalkan keperluan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka dengan serta-merta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...