Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stade de France tumpuan majlis penutup Olimpik Paris 2024

    PARIS, 11 OGOS – Perancis akan mengadakan majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Stade de France, utara Paris, yang diberi nama Records, lapor Sputnik.

    Majlis penutup yang dijadualkan Ahad akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.

    Lebih daripada 8.8 juta tiket telah terjual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024. Rekod sebelum ini sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

    Kesemua barisan bintang akan naik ke pentas sebagai sebahagian daripada acara perasmian penyerahan bendera bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28). Artis muzik warga California, termasuk H.E.R turut dijangka menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat secara langsung di Stade de France.

    “Ini adalah detik terbesar dalam sejarah LA28 setakat ini, apabila bendera Olimpik berpindah dari Paris ke LA,” kata Pengerusi LA28, Casey Wasserman, dalam satu kenyataan.

    “Kami sangat teruja untuk menampilkan yang terbaik dari LA bersama artis tempatan dan berterima kasih kepada Billie, H.E.R., the Chili Peppers dan Snoop atas kerjasama mereka di mana ia akan menjadi persembahan luar biasa kepada penonton global.”

    Acara pembukaan perasmian itu akan menampilkan Lady Gaga dan Celine Dion yang akan kembali muncul ke pentas persembahan.

    LA akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik buat kali ketiga yang akan bermula dari 14 hingga 30 Julai 2028. – Bernama/AP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Snoop Dogg semasa pertandingan akhir taman papan selaju lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 pada 7 Ogos di Paris, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda