Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suga mohon maaf tunggang skuter ketika mabuk

    Sedar akan kesilapan sendiri, anggota kumpulan BTS iaitu Suga tampil membuat permohonan maaf susulan insiden ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

    Menceritakan kejadian yang berlaku, Suga atau Min Yoon Gi, 31, memberitahu dia tidak sedar kesalahan dilakukan termasuk dalam senarai kesalahan undang-undang jalan raya, lapor mStar.

    “Saya telah melanggar akta kerana fikirkan jaraknya sangat dekat. Saya juga tidak sedar menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk adalah dilarang.

    “Saya terjatuh ketika meletakkan kenderaan itu di hadapan rumah dan polis berdekatan tampil membuat ujian pernafasan.

    “Walaupun tiada mangsa terlibat dan kerosakan harta awam, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya mohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan.

    Suga turut memaklumkan dia dikenakan denda serta lesennya dibatalkan.

    Dalam masa sama dia juga berjanji akan lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan sama.

    Balai Polis Yongsan di Seoul sebelum itu mendedahkan pihak mereka telah menahan Suga untuk menjalani siasatan susulan kejadian yang berlaku pada Selesa.

    Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis. – Agensi

    Suga berani tampil mengakui kesilapan sendiri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda