Tuesday, November 5, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sule bidas ramalan tukang tilik

    Usia perkahwinan baru sahaja menginjak dua bulan, namun pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sudah pun diramal bakal berdepan masalah rumah tangga.

    Ramalan berkenaan dibuat tukang tilik asal Indonesia iaitu Hard Gumay yang mendakwa pasangan berkenaan bakal berdepan masalah rumah tangga tahun depan.

    “Masuk sahaja tahun 2025, Rizky Febian dan Mahalini akan berdepan masalah rumah tangga yang sangat berat, tetapi saya percaya mereka mampu harunginya.

    “Saya melihat apa yang akan terjadi dari wajah kedua-duanya, dari wajah keluarga lelaki dan keluarga perempuan,” katanya memetik laporan mStar.

    Hard berkongsi perkara itu menerusi sebuah sesi podcast di TikTok Rumpi Asikk.

    Perkahwinan Rizky dan Mahalini diramal bermasalah pada 2025. – mStar

    Bagaimanapun, bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule tampil mempertahankan rumah tangga anaknya menerusi ruangan komen.

    Sule menegaskan hubungan anak dan menantunya berada dalam keadaan baik malah tiada sebarang masalah.

    “Mereka sedang menjalani hubungan dengan perasan bahagia,” ujarnya.

    Untuk rekod Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri pada 10 Mei lalu dan majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel di Jakarta.

    Mahalini yang sebelum ini merupakan penganut agama Hindu disahkan telah memeluk Islam sebelum menjadi isteri Rizky. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda