Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya Tinggi Kanada rai hari Kanak-Kanak Perempuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sempena memperingati Hari Antarabangsa Kanak-kanak Perempuan, Suruhanjaya Tinggi Kanada di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Resepsi Minum Petang bersama pelajar perempuan serta advokat dan usahawan wanita di Hotel Radisson di ibu negara, hari ini.

    Sambutan itu menyaksikan pelajar perempuan dari sekolah swasta dan awam di Brunei menyertai bakal Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Ambra Dickie; Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar; dan Pengasas Impian Projek, Dayang Lailatul Zubaidah binti Haji Hussain, bagi mendengarkan perbincangan dan bimbingan antara pemimpin wanita yang berpengalaman dalam bidang mereka, dan pelajar perempuan sebagai pemimpin masa depan.

    Mentor yang dijemput berkongsi pengalaman mereka, menawarkan bimbingan dan menjawab soalan daripada pelajar tentang cara untuk berjaya sebagai seorang wanita dalam kerjaya pilihan.

    Hari Antarabangsa Kanak-Kanak Perempuan disambut pada 11 Oktober untuk meraikan suara dan kuasa kanak-kanak perempuan, memperjuangkan hak mereka di seluruh dunia dan merenungkan cabaran yang terus dihadapi kerana jantina mereka. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 sambutan berkenaan.

    Di seluruh dunia, kanak-kanak perempuan membuat impak dan mencipta perubahan positif dalam komuniti mereka dan lebih jauh lagi. Mereka memimpin sebagai pelajar, usahawan, sukarelawan dan aktivis, dan membuktikan bahawa tiada siapa yang terlalu muda untuk membentuk masa depan dan memperbaiki kehidupan orang lain.

    Ambra Dickie bersama antara pelajar, advokat dan usahawan wanita yang hadir pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...