Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tak hirau sakit hingga nak pitam – Chacha

    Pelakon sensasi, Chacha Maembong (gambar), 27, tidak menghiraukan kecederaan dialami, malah terus fokus babak mencabar dalam drama aksi terbaharu, Special Force: Anarchy arahan Syafiq Yusof.

    Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Rohani Ismail berkata, kakinya terseliuh hingga sukar mahu berjalan, namun, diketepikan kesakitan demi untuk drama berkenaan.

    “Jujurnya, saya tahan sakit sehingga rasa hendak pitam ketika berlaku kecederaan. Apa yang saya lakukan dengan mengambil masa berehat seketika sebelum meneruskannya babak semula.

    “Drama Special Force: Anarchy memiliki keunikan dan berbeza daripada drama aksi lain.

    Jadi, ia membuatkan saya bersemangat dan nekad meneruskan penggambaran sehingga penghujung biarpun bergelut dengan kecederaan.

    Kaki Chacha terseliuh hingga sukar berjalan, namun, diketepikan kesakitan demi drama Special Force. – Agensi

    “Saya membawa watak antagonis bernama Puteh dan berpasangan adik-beradik kepada Fify Azmi melakonkan watak Merah,“ katanya kepada BH Online.

    Gadis kelahiran Kuala Terengganu itu berkata, apa yang menarik, drama berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada babak aksi, malah turut diselitkan elemen kekeluargaan dan persahabatan.

    “Dalam drama ini, Puteh dan Merah sangat rapat.

    “Lebih menarik, drama ini juga ada babak komedi yang menjadikannya berbeza.

    “Secara peribadi, saya sendiri menawarkan diri untuk menjayakan drama ini selepas sesi pembacaan skrip dan sinopsis. Saya mahu meletakkan diri sebagai pelakon yang akan menyumbang kepada kejayaan drama ini.

    “Saya menjalani latihan sebelum membawa watak Puteh.

    “Ia juga sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan kerana karya arahan Syafiq selalunya ada kejutan,“ katanya.

    Tambah Chacha, mental kena kuat apabila membawa watak Puteh supaya dapat menjayakan babak aksi dengan baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...