Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Takashimaya minta maaf kek rosak

    TOKYO, 27 DIS – Rangkaian gedung serbaneka berprestij di Jepun mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka selepas Hari Natal terhadap aduan kek berharga AS$40 yang rosak.

    ‘Kek rosak’ telah mendominasi tajuk utama selama beberapa hari di Jepun selepas pengguna yang marah telah menggunakan media sosial pada hujung minggu lalu untuk menyiarkan gambar kek Hari Natal yang hancur dihantar ke depan pintu mereka.

    Dijual dalam talian oleh rangkaian utama Takashimaya, kek berlapis strawberi, tiba kepada beberapa orang pelanggan dalam keadaan yang pecah, seperti mana yang digambarkan di media sosial.

    Daripada hampir 3,000 kek sejuk beku yang dijual, lebih 800 telah disahkan rosak setakat semalam, kata Takashimaya dalam satu kenyataan hari ini.

    “Kami ingin memohon maaf atas perubahan bentuk kek Hari Natal beku kami yang menjejaskan jangkaan ramai pelanggan kami,” kata Pegawai Kanan Takashimaya, Kazuhisa Yokoyama, pada sidang akhbar yang disiarkan di negara.

    Gambar Freepik

    Syarikat itu berkata pelanggan mungkin dibayar balik untuk kek itu, berharga 5,400 yen sebiji, bergantung kepada syarat penghantaran.

    Krisis itu menyebabkan pegawai Takashimaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap rakan kongsi pengeluaran dan penghantarannya.

    Walaupun Takashimaya ‘tidak dapat mengenal pasti punca,’ tetapi Yokoyama memberitahu pemberita bahawa pengendalian suhu bukanlah isunya.

    “Kami, sebagai penjual, bertanggungjawab untuk menghantar produk kami ke tangan pelanggan kami, termasuk dari pengeluaran hingga pengedaran,” kata Takashimaya dalam kenyataan itu.

    “Seluruh tanggungjawab terletak pada kami.”

    Ramai pengguna menyatakan kekecewaan terhadap kek yang rosak, manakala yang lain cuba sedaya upaya untuk mengekalkan semangat Hari Natal mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...