Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Ampil: Jepun hentikan perkhidmatan pengangkutan

    TOKYO, 15 OGOS – Pihak berkuasa Jepun menghentikan perkhidmatan pengangkutan di Tokyo dan beberapa kawasan lain buat sementara waktu bagi persediaan menghadapi
    Taufan Ampil, lapor media tempatan hari ini.

    Japan Airlines dan All Nippon Airways membatalkan ratusan penerbangan di lapangan terbang Haneda dan Narita di Tokyo pada Jumaat, menurut laporan Kyodo News yang dipetik agensi Anadolu.

    Menurut pegawai cuaca, Taufan Ampil dijangka melanda Tokyo dan kawasan lain bersama hujan lebat bermula pagi hari ini dan akan tiba di kawasan Kanto-Koshin pada pagi esok.

    East Japan Railway turut menghentikan perkhidmatan di Tohoku, Joetsu, Hokuriku dan Yamagata bermula esok. – Bernama

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda