Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telur dadar, daging goreng juadah sahur Nikita Willy

    Menu sahur yang dikongsi Nikita Willy menerusi laman sosialnya disifatkan sebagai sederhana walaupun pelakon itu seorang jutawan, dedah mStar.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Nikita, 30, dan suaminya iaitu Indra Priawan Djokosoetono hanya menikmati sepinggan telur dadar bersama daging goreng.

    Hidangan sederhana Nikita dan Indra membuatkan warganet kagum kerana makanan yang tersedia biasanya dinikmati oleh golongan kebanyakan.

    Pengikut mereka juga percaya Nikita dan suami menjalani kehidupan bertentangan dengan realiti mereka apatah lagi memiliki kekayaan luar biasa.

    “Wanita sofisitikated seperti Nikita pun bersahur hanya makan telur dadar. Mak saya pun masak rendang ketika sahur.

    “Menu sahur Nikita macam saya punya! Hanya telur dadar dan tempe. Bukan sahaja sederhana tapi sedap.

    “Ini macam melawan hukum orang kaya,” komen warganet.

    Selain menu sahur, pelakon drama Putri Yang Ditukar ini turut berkongsi rutin harian menguruskan anak lelakinya iaitu Issa Xander Djokosoetono yang kini sudah berusia dua tahun. – Agensi

    Menu sahur Nikita hanya telur dadar dan daging goreng. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda