Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti kelompok terhadap COVID-19

    KLANG, 16 JAN – Tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam dalam dunia yang menyatakan seseorang itu perlu dijangkiti varian Omicron COVID-19 untuk membina imuniti kelompok kepada wabak tersebut.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pendekatan itu juga masih belum dibuktikan kesahihannya.

    “Tidak kira varian apa. Omicron ke, Delta, Alpha dan Beta, jangan sengaja nak dapat COVID-19 sebab yang pertama kita tidak tahu kesan wabak itu.

    “Yang kedua kita tidak tahu kesan ‘long’ COVID-19. Hari ini mungkin kita kata Omicron ini lebih ‘mild’ daripada Delta jadi kenapa tidak semua dijangkiti dengan Omicron supaya kita dapat imuniti kelompok dan sebagainya. Itu tidak terbukti lagi.

    Kita tahu Omicron ‘milder’ tetapi ia tidak bermakna yang anda perlu dijangkitinya,” katanya.

    Beliau sebaliknya menasihati masyarakat untuk tidak ‘sengaja’ menjangkitkan diri dengan COVID-19 dan terus mendapatkan dos penggalak.

    Khairy mengulas berhubung laporan berita pada Khamis yang menyatakan varian Omicron itu mampu membina imuniti kelompok dalam masyarakat disebabkan keadaan transmisinya yang tinggi.

    Khairy berkata demikian selepas melancarkan program Inisiatif Mengakhiri AIDS Melalui Kerjasama Pintar Kerajaan-badan bukan kerajaan atau secara ringkasnya GO-NGO Model KK 2.0 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

    Beliau berkata 99 peratus daripada mereka yang dijangkiti Omicron di negara ini adalah pada kategori satu dan dua. – Bernama

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berucap ketika hadir pada Majlis Pelancaran Inisiatif Mengakhiri AIDS melalui kerjasama Pintar GO-NGO Model KK 2.0 Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Pandamaran semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...