Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Putera Harry failkan tuntutan mahkamah terhadap polis UK

    LONDON, 16 JAN – Putera Harry telah memfailkan tuntutan untuk semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Britain yang tidak membenarkan beliau membayar perlindungan polis secara peribadi semasa berada di UK.

    Wakil sah Duke of Sussex berkata kelmarin bahawa Harry mahu membawa anak-anaknya Archie dan Lilibet melawat negara asalnya dari AS tetapi ia terlalu berisiko tanpa perlindungan polis.

    Wakil itu berkata Harry sendiri mahu membiayai perlindungan polis. Pasukan keselamatan peribadinya di AS tidak mempunyai bidang kuasa yang mencukupi di luar negara atau akses kepada maklumat perisikan UK, kata mereka.

    “Duke dan Duchess of Sussex secara peribadi membiayai pasukan keselamatan persendirian untuk keluarga mereka, namun keselamatan itu tidak dapat memberikan perlindungan polis yang diperlukan semasa berada di UK,” menurut satu kenyataan.

    “Jika tiada perlindungan sedemikian, Putera Harry dan keluarganya tidak dapat pulang ke rumahnya.”

    Harry dan isterinya, Meghan kehilangan perlindungan polis yang dibiayai secara terbuka di UK apabila mereka berundur sebagai pegawai kanan Diraja dan berpindah ke California pada 2020.

    Tuntutan kepada semakan kehakiman telah difailkan pada September untuk mencabar keputusan yang diambil di sebalik prosedur keselamatan.

    Kenyataan itu berkata keselamatan Harry ‘terkesan kerana ketiadaan perlindungan polis’ semasa lawatan singkat ke UK pada Julai lalu, apabila keretanya dikejar oleh jurugambar ketika dia meninggalkan acara amal. – AP

    Putera Harry telah memfailkan tuntutan untuk semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Britain yang tidak membenarkan beliau membayar perlindungan polis secara peribadi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...