Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    ‘Tiada penularan H5N1 dari manusia ke manusia’

    PHNOM PENH, 1 MAC – Pihak berkuasa kesihatan Kemboja berkata tiada penularan selesema burung dari manusia ke manusia dalam kes melibatkan seorang ayah dan anak perempuannya yang dijangkiti virus.

    Anak perempuan berusia 11 tahun itu meninggal dunia pada Rabu dan ayahnya disahkan positif dua hari kemudian, menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan penularan antara manusia.

    Salah satu penularan selesema burung paling teruk di seluruh dunia sejak 2021, dengan puluhan ribu ekor ayam terpaksa dimusnahkan, burung liar mati dalam jumlah besar dan jangkitan di kalangan mamalia meningkat.

    Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Kemboja lewat kelmarin berkata bahawa ayah, berusia 49 tahun, tidak mengalami sebarang gejala, telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

    “Siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua mereka dijangkiti (oleh virus) daripada burung-burung di kampung. Tiada penularan antara ayah dan anak perempuannya dikesan,” jelas CDC.

    Manusia jarang dijangkiti oleh selesema burung, namun sekiranya ia berlaku, kebiasaannya diperoleh daripada kontrak secara terus dengan burung-burung yang dijangkiti.

    Sejak dua dekad kebelakangan, dilaporkan hampir 900 kes H5N1 telah disahkan ke atas manusia dan lebih 450 kematian, menurut data daripada WHO.- AFP

    Foto yang diambil pada 24 Februari lalu menunjukkan seorang pekerja membawa dua ekor ayam dari sebuah pasar di Phnom Penh. Pihak berkuasa kesihatan Kemboja berkata tiada penularan selesema burung dari manusia ke manusia.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...