Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Tidak perlu ubah senarai penumpang mulai 12 Dis

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Orang ramai yang akan melakukan perjalanan keluar dan masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat kini dibolehkan untuk menambah jumlah senarai penumpang dalam Sistem Keluar dan Masuk (EES) sekali sahaja sebelum kod QR diimbas buat pertama kali.

    Namun bermula 12 Disember ini, bayaran dikenakan kepada kenderaan saha-ja dan tidak perlu mengubah senarai penumpang.

    Perkara berkenaan telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid ketika menjawab persoalan mengenai isu kesukaran pengguna dalam mengubah senarai penumpang dalam EES, semasa Sidang Media Jawatankuasa Pandu COVID-19 Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Jelasnya, bagi permohonan EES yang sudah ditempah pengguna sebelum ini tidak boleh digunakan lagi selepas 12 Disember nanti dan mereka diperlukan untuk mendapatkan kod QR baharu mengikut jenis kenderaan yang digunakan semasa perjalanan nanti.

    Bagi kod QR yang tidak terpakai, pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) akan menguruskan pembayaran balik langsung kepada pengguna, ujarnya pada sidang media di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Antara suasana di Pos Imigresen Kuala Lurah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...