Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    55 pelajar tamat Program Seeds for the Future

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Seramai 55 orang pelajar telah berjaya menamatkan Program Seeds for the Future 2022 dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Ruang Legar, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh; Ketua Pegawai Eksekutif Hua-wei Technologies di Brunei Darussalam, Kevin Zhang Jian-wei dan Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju yang juga ahli Majlis UBD.

    Pada majlis berkenaan, Kevin Zhang dalam kata alu-aluannya menyatakan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menamatkan program intensif berkenaan yang memberikan peluang kepada mereka untuk berkongsi pandangan mengenai teknologi dengan pakar dalam bidang masing-masing, belajar mengenai teknologi berbeza yang ditawarkan oleh program tersebut serta bertanding dengan pelajar-pelajar dari negara mereka dan negara lain untuk membentangkan projek berkenaan.

    Beliau menyatakan harapan untuk melihat para peserta membina rangkaian mereka dengan pelajar-pelajar di Brunei dan seluruh dunia serta bagi memanfaatkan sepenuhnya platform yang disediakan oleh Huawei untuk belajar dan bertukar-tukar idea.

    Pada masa yang sama, beliau turut berharap para pelajar akan terus mengembangkan diri dalam bidang ICT supaya mereka dapat memajukan masa depan industri ICT di Brunei.

    Dr Chin Wei Keh menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta lelaki semasa program berkenaan.
    Kevin Zhang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta perempuan semasa program berkenaan.

    Pada majlis itu, Kevin Zhang turut menyampaikan hadiah kepada Pasukan Honor yang memenangi Pertandingan Tech4Good dengan projek Our Langkah.

    Wakil Pasukan Honor, Valerie Wong Jia Wen dan Awang Muhammad Rafie bin Amir Zaki dari UBD, menerangkan bahawa projek mereka adalah aplikasi yang menukarkan langkah yang diambil kepada mata wang kripto untuk membantu mempromosikan gaya hidup sihat dan menangani isu obesiti di negara ini.

    Mereka juga menerangkan bahawa mata wang kripto tersebut juga boleh didermakan kepada badan-badan amal dalam pelbagai platform sumbangan derma.

    Mengulas mengenai idea bagi projek berkenaan, mereka menyatakan bahawa ia lahir daripada perbincangan bersama oleh lapan orang anggota pasukan itu di mana mereka mengumpulkan idea-idea yang dibentangkan dan memilih idea yang paling sesuai untuk dikembangkan.

    Ia bermatlamat untuk membangunkan bakat ICT tempatan yang berkemahiran dan untuk menghubungkan komunikasi antara budaya negara menerusi perkongsian pengalaman dan kepakaran ICT.

    Menerusi perkongsian itu, golongan pelajar muda berpeluang untuk belajar mengenai perkembangan teknologi dalam zaman transformasi digital serta mengenai pasti kemahiran IT yang relevan dan juga kekuatan, kelemahan serta jurang pembelajaran pelajar dalam persekitaran maya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...