Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Toms menang Cologuard Classic Juara Jelajah PGA

    TUCSON, ARIZONA, 7 MAC – David Toms menamatkan lubang ke-18 di Tucson National dengan bogey buat kali ketiga dengan par-4 di Tucson National sekali gus menewaskan Robert Karlsson dengan satu pukulan dalam Cologuard Classic pada Juara-Juara Jelajah PGA, Ahad lalu.

    Toms, yang berusia 56 tahun, terkejut apabila dia mengetahui bahawa pukulannya pada lubang ke-18 masuk ke dalam air di sebelah kanan fairway. Selepas dikenakan penalti, dia memukul bola ketiga dari sebelah kanan, kemudian membuat pukulan cip lebih kurang enam kaki. Dia menjerit kegembiraan apabila pukulan bogeynya masuk, memastikan kemenangan ketiganya lebih 50 jelajah.

    “Saya memukulnya di dalam air tiga hari berturut-turut di sana,” kata Toms Tom yang telah menghabiskan tiga hari bermain di lubang ke-18.

    “Awda tahu, untuk membuat pukulan yang bagus pada akhirnya yang saya perlu buat, itulah perbezaannya. Putter saya bagus sepanjang minggu. Ia bertambah baik hari ini.”

    Toms menamatkan perlawanan dengan 4-bawah 68 untuk tiga hari dengan jumlah keseluruhan, 15-bawah 202 dan memenangi AS$330,000.

    Karlsson melakukan pukulan dengan catatan skor 67. Pemain Sweden berusia 53 tahun itu memenangi 11 kali perlawanan dalam jelajah Eropah tetapi tidak pernah menang di Amerika Syarikat.

    “Jelas sekali saya ingin mendapatkan satu atau dua pukulan lebih baik,” kata Karlsson. “David bermain dengan hebat hari ini dan melakukan semua pukulan yang diperlukan. Saya kagum dengannya,” tambahnya.

    Kedua-dua pemain itu dengan pantas memisahkan diri dari padang dan rakan seperjuangannya, Steve Stricker, yang bergelut untuk skor 71 dan menamatkan enam pukulan ke belakang. Toms dan Karlsson masing-masing mendapatkan skor 4-bawah 32 di front nine, dan Toms mendahului empat pukulan menerusi 11 lubang. – AP

    Aksi David Toms melakukan pukulan di lubang ke-18 semasa pusingan kedua kejohanan golf Cologuard Klasik Juara Jelajah PGA di Tucson, Arizona, sabtu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...