Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Selena Gomez minta peminat henti sindir Hailey Bieber

    Perselisihan faham antara Selena Gomez dan Hailey Bieber nampaknya masih belum bertemu titik noktah.

    Malah warganet pula seakan memanaskan keadaan apabila kerap mendakwa bahawa Justin Bieber masih lagi mempunyai perasaan terhadap Selena meskipun telah empat tahun berkahwin dengan Hailey.

    Bukan itu sahaja, mereka juga terus menerus mengecam Hailey kerana menyangka kerap membuli Selena secara sengaja.

    Terbaharu, Selena menerusi laman Twitter miliknya meminta peminat tidak menyerang Hailey kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan mental isteri bekas kekasihnya itu.

    Meskipun tidak menyembut nama wanita berkenaan namun peminat seakan memahami apa yang cuba disampaikan oleh penyanyi berusia 30 tahun itu.

    “Terima kasih untuk semua kasih sayang, saya bersyukur dengan sokongan yang diberi.

    “Sila bersangka baik dan pertimbangkan kesihatan mental orang lain. Hati saya pedih dan saya hanya mahukan kebaikan untuk semua orang,” katanya.

    Sebelum ini, Hailey dan bintang realiti, Kylie Jenner dikatakan sengaja menyindir Selena susulan penyanyi Calm Down itu tersilap melukis keningnya.

    Malah Kylie dan Hailey turut berkongsi foto FaceTime dengan memfokuskan pada bahagian kening mereka.

    Selena juga memaklumkan pengunduran dirinya dari media sosial selepas disindir Kylie dan Hailey. – Agensi

    Selena enggan panaskan lagi keadaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...