Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Tragedi Itaewon ragut 153 nyawa, lebih 100 cedera

    SEOUL, 30 OKT – Seramai 153 orang maut, termasuk 20 orang warga asing dan lebih 100 cedera dalam kejadian rempuhan di pesta Halloween di tengah Seoul, menurut pegawai hari ini.

    Pihak polis menganggarkan seramai 100,000 orang membanjiri sebatang jalan sempit di Itaewon, Seoul dalam kejadian itu – kebanyakannya remaja dan berusia dalam lingkungan 20an – bagi meraikan pesta Halloween pada malam kelmarin. Mereka terperangkap di lorong dan jalan berliku di kawasan itu, mengakibatkan rempuhan dan sesak nafas.

    Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol berikrar untuk menjalankan siasatan penuh ke atas salah satu bencana terburuk di negara itu.

    Beliau mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh negara hari ini, dan berkata melalui siaran televisyen bahawa kejadian tersebut ‘satu tragedi dan bencana yang tidak sepatutnya berlaku’.

    Menurutnya, kerajaan “akan menjalankan siasatan terperinci mengenai punca kejadian dan akan memastikan penambahbaikan bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi pada masa akan datang”.

    Mayat-mayat ditutup semasa pemeriksaan ahli forensik. Lebih 100 maut dipercayai kerana rempuhan dan sesak nafas dalam kejadian di pesta Halloween di sebatang jalan sempit Itaewon, Seoul, menurut pegawai. –AFP

    Beliau kemudiannya mengunjungi kawasan kejadian dan bercakap dengan petugas kecemasan.

    Saksi di tempat kejadian berkata orang ramai terperangkap di laluan sempit dan cerun, bersesak-sesak untuk keluar daripada dihimpit ketika orang ramai menghempap satu sama lain.

    Jabatan bomba berkata sekurang-kurangnya 153 orang, termasuk 20 orang warga asing, terbunuh dalam kejadian itu, yang berlaku kira-kira pukul 10 malam.

    Kebanyakan mangsa merupakan wanita lingkungan 20an, menurut jabatan, dan menambah lebih 100 orang lagi mengalami kecederaan.

    Kementerian Dalam Negeri berkata kebanyakan mangsa sudah dikenal pasti.

    “Jumlah korban yang tinggi adalah disebabkan oleh ramai yang dipijak-pijak semasa pesta Halloween,” menurut pegawai bomba, Seong-beom kepada wartawan di tempat kejadian, dan menambah jumlah mangsa terkorban mungkin meningkat.

    Pihak berkuasa Seoul turut berkata mereka menerima 355 laporan orang hilang pada awal hari ini.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...