Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    PM jamin kaji semula insentif pengeluaran getah

    BERA, 30 OKT – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan meneliti semula paras harga pasaran getah yang ditetapkan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG), sekiranya kembali menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Perdana Menteri berkata beliau mengambil maklum banyak pihak yang memohon paras pasaran getah yang sebelum ini ditetapkan pada RM2.50 sekilogram menerusi IPG, ditingkatkan ke paras lebih tinggi.

    “Datuk Seri Salim (Pengerusi RISDA) pun ada bangkitkan dalam Parlimen, jumpa saya berkali-kali memohon supaya paras RM2.50 (sekilogram) ini dipertingkat, saya pun dah bincang dengan Menteri Kewangan.

    “Kita akan lihat perkara ini insya-Allah kalau diberi peluang memerintah semula kita akan perhatikan perkara ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi RISDA Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

    Ismail Sabri berkata kerajaan sedar betapa pentingnya sektor penanaman getah kepada peningkatan ekonomi negara dan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan bantuan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil. – Bernama

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra dengan para penduduk setempat ketika menghadiri program Sukan Rakyat Generasi Muda Prihatin dan Moh Ngeteh di Kampung Sri Buntar kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...