Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tragedi Sungai Kayan: Mayat mangsa terakhir dijumpai

    KUCHING, 22 OGOS – Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, kira-kira 72 km dari sini Selasa lepas, ditemukan pada pukul 6.38 pagi tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mayat Alasma Jithil,14, dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

     “Mayat dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Lundu,” katanya. Beliau berkata dengan penemuan mayat ketiga itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jeti sungai itu ditamat.

    Semalam, mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung satu kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

    Selasa lepas, dalam kejadian jam 6.10 pagi  sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda