Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Travel Fair tawar pakej menarik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT– Sempena Travel Fair yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Oktober bertempat di Pusat Membeli-belah OneCity, Sungai Hanching, Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd telah mengadakan Sidang Media di Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall hari ini.

    Acara dua hari itu menyediakan penyertaan kepada syarikat penerbangan, bank, pejabat pelancongan negara, hotel, perkhidmatan insurans dan ejen pelancongan dengan platform unik untuk mempromosikan dan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

    Pameran ini terbuka kepada semua dan menyediakan kemudahan membeli-belah dengan pelbagai tawaran perjalanan di bawah satu bumbung.

    “Ini adalah edisi ke-17 pameran pelancongan yang dianjurkan oleh Sabre Travel Network Brunei, pameran pelancongan yang pertama selepas pandemik,” kata Pemangku Pengurus Besar, Sabre Travel Network Brunei, Awang Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman.

    “Seperti tahun-tahun sebelumnya, pameran pelancongan menyediakan tawaran dan pakej unik kepada orang ramai yang ingin melancong ke negara-negara pilihan. Memandangkan industri pelancongan sedang berusaha memulihkan perniagaan selepas pandemik, kami sangat optimis dapat mencapai 85 peratus daripada tempahan berbanding pameran perjalanan Brunei sebelum pandemik,” tambah beliau.

    Wakil-wakil semasa mengadakan sidang media di Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall kelmarin.

    Pengurus Wilayah Penerbangan Diraja Brunei (RB) Borneo, Lim Guat Wen berkata, “Dengan permintaan perjalanan yang semakin meningkat di seluruh dunia, RB berbesar hati untuk berhubung semula dengan semua rakan kongsinya, orang ramai dan sokongan Sabre Travel Network dalam acara dua hari berkenaan untuk menyediakan pelbagai tawaran dari seluruh dunia.

    “Kami percaya ia akan menarik minat orang ramai untuk membeli produk RB dengan destinasi termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Bangkok, Ho Chi Minh City dan destinasi Asia yang lain seperti Seoul, Tokyo dan Taipei yang telah lama ditunggu-tunggu untuk dilancarkan semula dengan tawaran menarik semasa pameran pelancongan”.

    Acara itu juga dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah harian untuk mana-mana pelanggan yang telah membeli tiket RB di mana mereka berpeluang memenangi hadiah berupa tiket penerbangan pergi balik ke Ho Chi Minh City, Bangkok, Kuching, Taipei atau Tokyo.

    Hadiah-hadiah menarik lain termasuk tiket RB ke Dubai yang disertakan dengan bagasi American Tourister Travel dari Baiduri, tiket ke Melbourne dan 50,000 Royal Skies Miles.

    Sementara itu, Pengurus Besar Singapore Airlines Brunei (SIA), Awang Keith Ting berkata, “SIA akan memberikan sokongan padu Travel Fair dengan pelbagai nilai tambah kepada pelanggan yang membuat pembelian dengan ejen pelancongan yang mengambil bahagian. Pelanggan boleh menantikan tawaran tambang yang menarik dan berpeluang memenangi hadiah dan cabutan bertuah”.

    Ejen pelancongan yang mengambil bahagian termasuk Anthony Tours & Travel Agency, At-Taqwa Travel Tours, Dar El Ehsan Travel, Darussalam Holdings, Freme Travel Services, Halim Tours & Travel, JJ Tour Service, Pan Bright Travel Service, Southern Cross Travel Agencies dan Straits Central Agencies.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...