Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sunak PM baharu Britain

    LONDON/NEW DELHI, 25 OKT – Pengasas firma perkhidmatan IT India Infosys, N.R. Narayana Murthy mengucapkan tahniah kepada menantunya Rishi Sunak atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Britain hari ini.

    “Tahniah kepada Rishi. Kami berbangga dengannya dan kami mendoakan kejayaannya,” kata Murthy kepada agensi berita Press Trust of India. 

    Sunak, 42, bekas Ahli Kabinet Boris Johnson, ialah perdana menteri ketiga Britain dalam tempoh tujuh minggu serta orang bukan kulit putih pertama memegang jawatan tertinggi.

    Pengganti Johnson, Liz Truss merupakan perdana menteri paling singkat berkhidmat dengan meletak jawatan selepas 45 hari menerajui pentadbiran.

    Dilahirkan di Southampton, England, Sunak dilantik sebagai ketua Parti Konservatif kelmarin selepas saingannya, Penny Mordaunt menarik diri. 

    Perdana Menteri Britain Rishi Sunak melambai dari tangga 10 Downing Street di London, kelmarin. – AP

    Ibu bapanya berketurunan Asia Selatan dan dilahirkan di Afrika Timur.

    Beliau pernah bekerja di bank pelaburan Amerika iaitu Goldman Sachs.

    Sunak bertemu isterinya Akshata Murthy di Amerika Syarikat (AS) dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka pada 2009.

    Pasangan itu memiliki kekayaan bernilai lebih AS$800 juta, menurut satu laporan.

    Perdana Menteri Narendra Modi turut mengucapkan tahniah kepada Sunak menerusi halaman Twitter.

    “Tahniah Rishi Sunak atas pelantikan sebagai PM UK, saya berharap dapat menjalin kerjasama rapat dalam isu global dan melaksanakan Pelan Hala Tuju 2030,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...