Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Turkiye sedia jadi tuan rumah rundingan Sudan

    ANKARA, 9 MEI – Turkiye bersedia untuk menjadi tuan rumah rundingan komprehensif bagi Sudan jika dipersetujui pihak-pihak berkepentingan, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada ketua tentera Sudan pada Selasa.

    Dalam perbualan telefon dengan Abdel Fattah al-Burhan, Erdogan berkata Turkiye akan meneruskan usahanya untuk berhubung dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan keperluan kemanusiaan mendesak rakyat Sudan dipenuhi, lapor agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye.

    Erdogan turut menyuarakan kesedihan dan kebimbangannya terhadap peningkatan jumlah korban dalam ‘pergaduhan saudara’ di Sudan.

    Menurut kenyataan itu, pemindahan dan keselamatan warga Turkiye di Sudan turut dibincangkan.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...