Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian mata boleh ramalkan risiko strok

    SYDNEY, 14 JAN – Penyelidikan dari Australia mendapati bahawa ujian mata rutin boleh meramalkan risiko strok seseorang dengan tepat.

    Kajian yang baru diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Mata Australia (CERA) di Melbourne, mengenal pasti ‘cap jari’ yang terdapat pada saluran darah di bahagian belakang mata yang boleh digunakan untuk meramalkan risiko strok seseorang setepat faktor risiko tradisional.

    Kajian berkenaan mendapati bahawa cap jari yang terdiri daripada 118 penunjuk kesihatan vaskular dan boleh dianalisis daripada fotografi fundus- satu alat yang biasa digunakan dalam ujian mata rutin.

    Para penyelidik menggunakan alat pembelajaran mesin atau machine learning tool yang dipanggil Sistem Penilaian Kesihatan Mikrovaskular (RMHAS) pada retina untuk menganalisis foto fundus mata 45,161 orang di UK dengan purata umur 55 tahun.

    Dalam tempoh purata pemantauan selama 12.5 tahun, 749 peserta mengalami strok.

    Para penyelidik juga mengenal pasti 29 daripada 118 penunjuk sebagai dikaitkan dengan risiko strok kali pertama.

    Daripada 29, 17 daripada penunjuk adalah berkaitan dengan ketumpatan vaskular, peratusan kawasan tisu yang diduduki oleh saluran darah. Ketumpatan rendah dalam retina dan otak adalah berkaitan dengan peningkatan risiko strok.

    Menurut kajian itu, setiap perubahan dalam penunjuk ketumpatan dikaitkan dengan peningkatan risiko strok sebanyak 10-19 peratus.

    Penurunan dalam petunjuk simpulan dan kerumitan didapati meningkatkan risiko strok sebanyak 10.5-19.5 peratus.

    “Memandangkan umur dan jantina tersedia, dan parameter retina boleh diperolehi melalui fotografi fundus rutin, model ini memberi pendekatan yang lebih praktikal dan mudah dilaksanakan menilai risiko strok kejadian terutamanya untuk penjagaan kesihatan primer dan keadaan yang kekurangan sumber, ” tulis penulis.

    Strok menjejaskan lebih 100 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan kira-kira 6.7 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun, menurut kajian itu. Ini menjadikan langkah pengecaman awal individu berisiko hadapi strok adalah penting mencegah dan mengawal penyakit strok.

    Selain CERA, kajian berkenaan turut melibatkan penyelidik dari Universiti Melbourne, Universiti Monash dan Universiti Politeknik Hong Kong. – Xinhua

    Kajian mata boleh ramal risiko strok. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda